Friday, 24 June 2011

Penubuhan Kelas Aliran Agama

Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Abu Bakar Baginda telah dibuka sejak awal 2010 .Ia menerima pelajar sulungnya seramai 523 orang pelajar termasuk 52 orang guru . Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Abu Bakar Baginda juga telah menyediakan 3 buah kelas iaitu Kelas Aliran Agama (KAA) . Seramai 64 orang pelajar telah mendaftar untuk memasuki kelas ini . Kelas ini menyediakan mata pelajaran Bahasa Arab yang diajar oleh Pn.Siti Sakinatun bt . Muhd Shahid dan Pn.Aslaniah bt. Jamali . Selama penubuhan kelas ini , banyak aktiviti yang telah dijalankan . Antaranya ialah menghafaz Surah Al-A'la , Menulis Khat , Membuat buku skrap , Bengkel bahasa arab , Explorace bahasa arab dan sebagainya . Selain itu , kesemua pelajar KAA telah diwajibkan mendaftar untuk Ko-Ku Persatuan Bahasa Arab . Pada akhir 2010 , Persatuan Bahasa Arab telah dinobatkan sebagai Persatuan Paling Aktif . Seorang pelajar dari kelas KAA telah muncul sebagai tokoh persatuan . Pelajar tersebut ialah Afif bin Ariffin . Semoga Persatuan Bahasa Arab berjaya pada masa akan datang .